Pada suatu tengahari yang panas
terik, kelihatan beberapa orang ‘abang-abang pejabat’ sedang menuju ke sebuah
warung nasik. Dicelah-celah ‘abang-abang pejabat’ itu kelihatan seorang pemuda
yang hatinya dalam ‘ada taman’ lagi kacak bergaya turut serta menuju ke warung
nasik tersebut bagi mengisi perutnya yang lapar.
Ya, pemuda tersebut ialah gua. (Ciss,
kamu semua sudah tahu awal-awal lagi?)
Tanpa mengikut kata-kata iblis, gua
dengan tawadhu’nya mengambil seketul ayam goreng dan ulam-ulaman habuan peneman
nasi putih. Selesai membaca doa makan, gua mula menyuap nasik dengan ‘gaya
lelaki melayu terakhir’.
Menyuap nasik dengan ‘gaya lelaki
melayu terakhir’ rupanya tidak semudah yang disangka. Apatah lagi menyuap nasik
bersama cubitan ayam goreng. Suapan pertama kelihatan seperti tidak ada
masalah. Masuk suapan kedua tiba-tiba ayam goreng itu ‘buat hal’.
Segala
cubitan tidak menjadi. Tidak mahu mengalah, gua dengan menggunakan segala
kudrat yang ada mencubit ayam goreng tersebut sekuat hati.
“Hoi, kurang ajar! Kau ingat kau
siapa?!”, tiba-tiba ayam goreng itu menjerit.
“Sesuka hati kau nak cubit aku, sakitlah bodoh!”, balas beliau lagi, bertalu-talu.
Tanpa mempedulikan kata-kata nista ayam
goreng itu, gua terus cubit dan mencubit. Namun, ayam goreng itu berkeras mahu
melawan. Berlaku pergaduhan yang agak sengit di antara kami berdua.
Segala
cubitan gua berjaya ditempis beliau dengan jayanya. Tidak mahu pergaduhan itu
berpanjangan, gua lantas menumbuk ayam goreng itu sekuat hati dan akhirnya beliau
terkulai layu.
Cepat-cepat gua makan ayam goreng
itu sebelum perkara lebih buruk terjadi...
* * * *
“Adik makan apa tadi?”
“Nasi putih separuh, ayam goreng,
ulam dengan sirap limau.”
“Ok, RM7.”
NOTA TAMBAHAN:
Itu pasal gua dah tak pergi warung
nasik tu. Dia punya ayam goreng memang gua tak larat nak ‘handle’.
Yang benar:



